Thursday, January 14, 2010


Ni pulak korang tau tak apa dia. Inilah negiri sotong dan untuk pengetahuan korang sotong ni disediakan mentah-mentah tau. Makan mentah cam tulah. Rasanya orang melayu kita tak ramai yang suka makan sotong mentah kot sebab dah biasa dengan yang dimasak. Kat atas sushi tu, aku letak sedikit spicy sauce dan telur ikan yang warna hitam tu. Sedap......
Best tak nampak, cam myelerakan betul. Ini betul-betul fresh sebab saya baru je lepas fillet sendiri salmon tu dan lepas tu terus buat sushi. I love salmon!!!
Ni pulak negiri salmon yang warna oren tu dan negiri unagi taupun dipanggil belut yang warna perang tu. Unagi ni memang 'sweet' bagi yang meminatinya tapi saya sendiri tak makan kot. hehhehehe........bukan tak try makan tapi dah banyak kali try, tak bolehlah! Tapi kalau salmon, saya suka, suka sangat.
Ni ialah sushi jenis negiri. Sushi ni selalunya kita gumpal sedikit nasi buatkan bulat bujur n letakkan apa-apa saja yang kita nak kat atas gumpalan nasi tu contoh kita boleh letak tuna, udang ataupun salmon.Sayur pun kita boleh letak juga asalkan kita kreatif. Gambar kat atas tu ialah negiri tuna yang warna merah tu, white tuna yang puteh dan negiri udang.